Friday, October 30, 2009

ARTIKAL (6)

CONVERGENCE OF VOICE AND DATA
TELECOMMUNICATIONS TRANSMISSIONS
-BY BOB CULLEN-

Bob Cullen menerangkan sejarah penggunaan sistem telefon digunakan sejak 8 Januari 1982. Pada mulanya telefon hanya digunakan pada jarak yang tidak terlalu jauh. Kini teknologi semakin canggih sehingga membolekan manusia berhubung memalui telefon pada jarak yang jauh melangkaui sempadan geografi.

Menurut Bob Cullen Internet juga telah banyak mengubah masyarakat. Corak perhubungan manusia menjadi semakin canggih dengan adanya internet sebagai penghubung. Maklumat dapat diperolehi dengan cepat dan membantu manusia untuk lebih berpengetahuan.

Justeru dapatlah disimpulkan di sini bahawa teknologi komunikasi amat membantu manusia dalam kehidupan seharian. Dalam bidang penyiaran ternyata telekomunikasi amat penting untuk menentukan sesebuah media itu berjaya dalam dunia penyiaran pada zaman yang penuh dengan kecanggihan ini.

ARTIKAL (5)

COMMUNICATION TECHNOLOGY KEEPS GETTING IN THE WAY OF COMMUNICATION
-BY HELEN WILKIE-


Penulis artikal ini Helen Wilkie menjelaskan terdapat beberapa cara yang betul-betul membantu kita untuk berhubung antara satu sama lain dengan lebih berkesan.

Menurut Helen Wilkie untuk berkomunikasi dengan berkesan seseorang itu mestilah mengelakkan hubungan peribadi semasa bekerja. Hal ini untuk memastikan komunikator itu lebih bersifat profesional dalam menjalankan tugasnya. Sememangnya hal peribadi tidak boleh dicampur adukkan dengan tugasan kerja.

Selain itu telefon sel amat membantu kita untuk berhubung antara satu sama lain pada jarak yang dekat mahupun jauh. Ia amat menjimatkan masa dan kos dalam menguruskan sesuatu urusan. Justeru tidak hairanlah telefon sel kini digunakan secara meluas oleh sumua golongan masyarakat tidak kira kaya mahupun miskin. Malah telefon sel sudah menjadi satu kewajpan untuk dimiliki pada masa kini kerana ia benar-benar membantu kita untuk berurusan setiap hari.

Di samping itu telesidang juga telah banyak membantu proses perhubungan antara manusia khususnya pada jarak yang jauh. Ia bukan saja berkesan malah menjimatkan kos misalnya untuk menghadiri sesuatu mesyuarat yang diadakan jauh darinya.
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi komunikasi menyumbang ke arah keberkesanan komunikasi.

Thursday, October 29, 2009

ARTIKAL (4)

THE DIGITAL AGES OF MAN
-BY RICHARD NAISH-
Dalam artikal ini Richard Naish menyatakan dua perbezaan digital yang terdapat iaitu "Digital Native Learners" dan "Digital Immigrant Teachers".

Richard Naish menjelaskan bahawa dalam digital native learners Pelajar lebih suka menerima informasi dengan cepat dari pelbagai sumber media. Pelajar juga menyukai pemprosesan selari, bergambar, bunyi dan vedio. Selain itu pelajar juga lebih menyukai capaian secara rawak hiperrangkaian multimedia maklumat. Pelajar juga menyukai interaksi atau rangkaian serentak dengan ramai orang. Menurut Richard Nairsh lagi, pelajar lebih suka untuk belajar tepat pada masa, suka keputusan segera dan ganjaran-ganjaran dengan segera. Pelajar juga suka pengajian yang relevan, serta-merta yang berbentuk ilmiah dan hiburan.

Mengenai digital immigrant teacher pula, Richard Nairsh menjelaskan bahawa guru lebh suka mengeluarka maklumat lambat dan terkawal daripada sumber yang terhad. Guru uga suka pemprosesan luar biasa dan tinggal atau dibatakan dengan kerja mereka. Selain itu mereka juga suka menyediakan teks sebelum gambar-gambar, bunyi dan video. Mereka juga suka menyediakan informasi secara linear, menggunakan akal dan akibatnya. Guruguni ini lebih suka mengajar apabila pada musim peperiksaan. Mereka juga suka menunda keputusan dan ganjaran-ganjaran serta suka suka mengajar mengikt panduan kurikulum dan menyelaraskan ujian-ujian untuk para pelajar.

ARTIKAL (3)

FACILITATING LONG DISTANCE RELATIONSHIP BETWEEN MALAYSIA GRANDPARENT AND GRANDCHILDREN LIVING IN THE UK THROUGH COMPUTER MEDIATED COMMUNICATION
-BY NAZEAN JOMHARI AND SRI HASTUTI KURNIAWAN-

Artikal ini membincangkan tentang kajian yang telah dijalankan di beberapa buah Negara Eropah antaranya ialah UK, France, Norway, Greece, Finland dan Spain. Kajian ini menunjukkan warga tua lebih terkena kesannya dari segi keperluan sosial. Ini adalah kerana mereka sering memencilkan diri dari aktiviti social disebankan kematian dan keuzuran. Mereka juga kurang keupayaan dan hilang minat untuk mencari perhubungan baru.

Menurut penulis artikal ini para penyelidik percaya jumlah rakyat Malaysia memilih ntuk belajar di luar Negara makin bertambah dsebabkan misi baru MOHE untuk memastikan sekurang-kuragnya 75% pensyara di pusat pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan Doktor Falsafah dan kelayakan yang setaraf denganya, 30% pensyarah dalam politeknik dan kolej-kolej komuniti. Menurut penulis lagi, susunan umur para pelajar secara kasar ialah antara 22-40 tahun kerana sesetengah dari mereka akan terus menyambung pengajian mereka ke peringkat “Master” selepas ijazah. Bagi pelajar yang berkhidmat dengan jabatan kerajaan umur mereka mestila tidak melebihi daripada 40 tahun.

Melalui artikal ini penulis juga menerangkan mengenai interaksi golongan tua di Malaysia. Sesetengah golongan tua di Negara barat mendapati golongan tua yang berumur 60 tahun ke atas menggunakan komputer untuk hiburan, aktiviti yang bersangktan degnan kerja, melayari internet dan email ataupun untuk komunikasi. Hal ini berbeza sekali dengan golongan tua di Malaysia tidak mengguankan internet kerana kebanyakan pelayar internet terdiri daripada golongan pelajar dan golongan pekerja profesional. Antara sebabnya ialah kebanyakan golongna tua tinggal dalam keluarga besar.