Wednesday, September 9, 2009

ARTIKAL (2)

HIGHLY-CHERISHED
-BY SHARMILA NAIR-

Artikal yang ditulis oleh Sharmila Nair menjelaskan tentang gadget elektronik yang menjadi suatu keperluan para remaja masa kini dalam pelbagai tujuan terutamanya dalam bidang pendidikan. Beliau telah mendedahkan pelbagai pendapat para pelajar atau remaja tentang keperluan barangan tersebut.

Menurut pendapat salah seorang pelajar yang bernama Eddie Goh yang merupakan pelajar jurusan akaun dan kewangan. Beliau selalu membawa komputer ribanya ke mana sahaja beliau pergi tambahan pula amat mudah baginya untuk mendapat liputan WiFi di sekitar kolejnya. Hal ini amat memudahan beliau untuk melengapkan sebarang tugasannya dan mendapatkan maklumat penyelidikan melalui internet. Katanyanya lagi beliau suka bermain permainan playstation 2 juga mendengar muzik dari mp3 player untuk tujuan istirehat.

Menurut Pearl Cheu yang berumur 18 tahun yang juga mempunyai komputer riba amat memudahkan beliau untuk melakukan penyelidikan secara online. Melalui internet beliau dapat mendengar lagu dan berbual secara online bersama rakan-rakannya. Beliau juga menjadikan internet sebagai pangkalan muzik untuk beliau memuatturun lagu-lagu walaupun beliau telah mempunyai i-pod. Selain itu telefon bimbit samsung miliknya juga amat diperlukan untuk menghantar pesanan kepada rakan-rakannya. Telefon bimbit juga membantunya untuk mengingatkan beliau mengenai tugasan melalui fungsi peringatan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut. Beliau juga menjadikan telefon bimbit sebagai jam kerana beliau tidak memakai jam tangan.

Pelajar seterusnya ialah Andrew Guan berpendapat komputer riba itu sebagai satu benda yang diperlukan oleh semua pelajar. Beliau yang memilih kursus kejurteraan audio atau produksi muzik itu memikirkan bahawa pentingnya untuk memiliki komputer riba yang berkualiti tinggi untuk melaksanakan tugasannya yang agak berat. Beliau juga memiliki mp3 player yang digunakan untuk mendengar muzik.

Belainan pula halnya dengan pelajar yang bernama Samantha Agnes yang terlalu asyik dengan i-podnya untuk mendegar muzik. Beliau sering kali memuatturun lagu-lagu terbaru ke dalam i-podnya. Bagi beliau i-pod amat penting untuk menghilangkan tekanan apabila bergelar pelajar.

Terdapat satu lagi gadget yang yang menjadi pilihan remaja masa kini ialah PDA. Melissa Mariappan menggunakan PDA untuk memasukkan bitiran-butiran rakan-rakannya secara lengkap untuk peringatan peribadinya.

Kesimpulannya, remaja masa ini sejak awal-awal lagi sudah terdedah dengan teknologi yang canggih dan ia amat membantu pelajar-pelajar seperti mereka dalam bidang pelajaran. Pelajar-pelajar dapat belajar dalam keadaan yang menyeronokkan dan tidak membosankan dengan adanya bantuan daripada teknologi komunikasi hari ini.


ARTIKAL (1)

COMMUNICATING FOR A NEW AGE
-BY CAROL KINSEY GOMAN-

Menurut Carol Kinsey Goman, generasi pada hari ini mempunyai perbezaan masing-masing dan mempunyai cara berkomunikasi yang tersendiri. Ini menunjukkkan persamaan dengan generasi yang terdahulu apabila memasuki bidang pekerjaan.

Menurut beliau lagi, generasi veteran iaitu antara tahun 1942 hingga 1946 mengamalkan cara komunikasi yang dikawal dengan ketat yang mengikut susunan hierarki dalam sesuatu organisasi. Pada tahun 1946 hingga 1964 generasi baby boomer yang lahir selepas itu mempunyai pendapat yang berbeza iaitu majikan harus kurangkan pergantungan kepada sistem hierarki menegak dan meningkatkan kepentingan komunikasi melalui perkongsian wawasan dan nilai.

Katanya lagi, generasi X yang mucul pada tahun 1965 hingga 1983 juga bersetuju degan generasi baby boomer yang mengutamakan pencapaian wawasan dan nilai pada sesuatu organisasi. Namun terdapat perubahan yang ketara dalam teknik komunikasi pada generasi ini di mana perubahan dari text ke grafik.

Generasi Y telah menjana perunahan besar dalam era komunikasi dan telah memperbaiki cara kita dalam berkomunikasi. Kemajuan teknologi masa kini banyak membantu bagi melancarkan lagi proses komunikasi.

Pengenalan cara komunikasi baru seperti teks pesanan dan blog begitu juga dengan penggunaan email dikatakan sebagai satu keperluan bagi membantu proses komunikasi dalam era yang serba canggih ini. Dengan adanya teknologi komunikasi ini ia amat membantu sesuatu komunikasi itu berjalan dengan cepat dan efektif.

Katanya lagi, dalam bidang kerjaya pula dilihat daripada dua proses. Pertama dilihat dari segi teknologi dan yang keduaya ialah melalui persetujuan antara pekerja dan majikan. Ini membolehkan kedua belah pihak mendapat apa yang mereka harapkan dan jelas membuktikan keadilan berlaku di sini.

Kesimpulannya, didapati generasi Y lebih proaktif dan efektif dalam berkomunikasi berbanding generasi-generasi yang sebelumnya.